Penyanyi dan maestro muzik, Datuk M Nasir, kini dianugerahkan gelaran Doktor selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.
Rata-rata anak seni dalam industri pasti mengagumi maestro muzik negara, Datuk M Nasir. Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon, Alif Satar, yang telah menjadikan Datuk M Nasir sebagai idola sejak kecil.
Melalui perkongsian di Instagram (IG), Alif Satar mengucapkan tahniah kepada Datuk M Nasir dan meluahkan rasa terima kasihnya kerana telah menjadi sumber inspirasi kepada anak seni.
“Kalau tiada yang lama, tiada lah yang baru.”
“Tahniah Dato Dr M Nasir. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada kami anak seni tanah air.” Tulisnya dalam kapsyen
Pada masa yang sama, Alif turut menyatakan bahawa Datuk M Nasir adalah individu yang dikaguminya sejak kecil.
“Antara individu yang aku kagumi dari kecil. M Nasir adalah contoh yang sesuai diungkapkan sebagai seorang yang serba boleh.”