Connect with us

Terkini

Muka Aaisyah Bengkak, Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam

Published

on

Muka Aaisyah bengkak kerana alahan pada ketam

Aaisyah, anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan mengalami bengkak teruk di bahagian muka.

Melalui perkongsian di TikTok, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, telah memuat naik satu video yang menunjukkan wajah Aaisyah yang kelihatan bengkak akibat alahan terhadap makanan.

muka aaisyah alahan pada ketam

Che Ta menyatakan bahawa dia tidak tahu Aaisyah alahan pada ketam.

“Baru tahu yang Aaisyah tak boleh makan ketam, habis bengkak muka dia. Lepas makan ja terus naik.”

“So lepas ni lega mummy dah tak payah beli ketam” Tulisnya

Melihat pada ruangan komen, ramai yang menunjukkan rasa simpati terhadap situasi yang dihadapi oleh Aaisyah. Pada masa yang sama, mereka juga memberikan nasihat supaya aktres tersebut membawa puterinya ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Allergic seafood tu”

“Alaa, siannya.. Bahaya allergik ni, boleh tutup saluran pernafasan”

“Che ta pergi la check allergic takut banyak lagi yang Aaisyah tak boleh makan, kesian tengok”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending