Nabila Razali Dipuji Semakin Cantik Selepas Bergelar Ibu

Sejak bergelar ibu, kecantikan penyanyi Nabila Razali menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin berseri.

Melalui satu perkongsian di TikTok, Nabila telah memuat naik video menari mengikut lagu Nyam Nyam Ketupat semasa menghadiri rumah terbuka penyanyi Wani Kayrie baru-baru ini.

Nabila yang anggun berbaju kurung itu turut menari mengikut alunan lagu bersama penyanyi asal lagu tersebut.

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan ibu kepada seorang anak ini, yang dilihat semakin berseri-seri selepas mendirikan rumah tangga.

“Bila wanita di tangan lelaki yang betul, berseri seri aura”

“Makin dah kahwin makin lawa”

“Makin cantik Nabila Razali”

Leave a Comment