Connect with us

Terkini

Netizen Sebak, Azad Jasmin Hadiahkan Ibu Angkat Kerusi Roda Elektronik

Published

on

Azad Jasmin hadiahkan ibu angkat kerusi roda

Azad Jasmin, seorang pelawak dan penyampai radio, telah menghadiahkan kerusi roda elektronik kepada ibu angkatnya iaitu Salmah.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, Azad Jasmin John Louis Jefri atau lebih dikenali sebagai Azad, membuat kejutan istimewa kepada ibu angkatnya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

“Sekarang, saya nak bagi hadiah dekat mak angkat saya. Kita nak bagi dia begerak sendiri biar dia terkejut.”

“Ini hadiah khas untuk mak. Boleh bawa pergi mana-mana pun takda masalah”

Ibu angkatnya itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Azad atas pemberian yang sangat bermakna itu.

Pada masa yang sama, Azad juga membawa ibu angkatnya untuk mencuba kerusi roda tersebut di sekitar hospital.

Apabila melihat ruangan komen, kebanyakan warganet dilihat terharu dan sebak dengan keprihatinan pelawak itu terhadap ibu angkatnya.





Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending