Noorkhiriah Menangis Lakon Babak Masuk Liang Lahad – Pesan Jangan Tinggal Solat

Baru-baru ini, pelakon Noorkhiriah berkongsi pengalamannya berlakon sebagai jenazah dan masuk ke dalam liang lahad semasa penggambaran sebuah drama terbitan stesen TV swasta.

Dalam satu hantaran di Instagram (IG), Noorkhiriah memaklumkan bahawa dia sendiri yang memilih untuk melakonkan babak tersebut.

Katanya, pengalaman itu dianggap sebagai satu momen yang sangat luar biasa.

“Saat-saat memasukan diri ke dalam liang lahad.”

“Akak yang minta kat abang Ezad nak masuk liang lahad pastu akak lupa.. akak nervous, sampai kat kubur air mata tak berhenti.” Tulisnya

Dalam masa yang sama, pelakon itu berpesan kepada para pengikutnya agar tidak meninggalkan solat, sambil meluahkan rasa syukur kerana berpeluang melakonkan babak tersebut.

“Pesan akak satu je, jangan tinggal solat walaupun kita jahat macam mana sekalipun jika ada rasa sayang dengan diri sendiri.”

“Terima kasih Ya Allah atas hadiah yang cukup besar ini. “

“Dosa banyak sampai Allah bagi nikmat ni, momen ni mahal.”

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai warganet yang memuji keberanian Noorkhiriah melakonkan babak berkenaan.

Leave a Comment