Siti Saleha Mohd Baharum, lahir pada 14 Mac 1990, ialah seorang pelakon dan model wanita terkenal di Malaysia.
Siti Saleha mula meraih perhatian ramai menerusi wataknya dalam drama bersiri popular “Nora Elena” pada tahun 2011. Beliau juga dikenali sebagai adik kepada Sam Bunkface, vokalis kumpulan muzik terkenal, Bunkface.

Biodata Ringkas Siti Saleha
- Nama Penuh: Siti Saleha binti Mohd Baharum
- Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
- Tempat Lahir: Basildon, Essex, England
- Umur: 35 tahun (pada 2025)
- Keturunan: Melayu-Inggeris
- Agama: Islam
- Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa
- Pekerjaan: Pelakon, Model, Pengacara
- Tahun Aktif: 2002 – kini
- Nama Panggilan Lain: Sally
- Adik-Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik; adik kepada Sam Bunkface (vokalis kumpulan Bunkface)
- Pasangan : Ahmad Lutfi Azhar (k. 2017- c. 2022), Joshua Fitton (k. 2025)
- Media Sosial : @sallywho

Kerjaya
- Memulakan kerjaya sebagai model komersial pada usia 12 tahun. – (2002)
- Debut lakonan dalam siri drama “5 Jingga” sebagai Zaleha. – (2008)
- Mendapat pengiktirafan luas melalui watak utama dalam drama “Nora Elena” bersama Aaron Aziz. – (2011)
- Membintangi filem “Kerat 14” sebagai Nurzara. – (2013)
- Berperanan sebagai Sofia Farid dalam siri mini “Black”. – (2019)
- Membawakan watak Wangi dalam siri TV “Hilang”. – (2022)
- Melakonkan watak Johanna dalam siri “The Secret”. – (2024)
- Membawakan watak Cempaka Humairah di dalam drama Dia Imamku. – (2025)
Pencapaian
- Memenangi anugerah “Outstanding Asian Star” di Seoul International Drama Awards. – (2024)