Suami First Time Isi Angin Tayar Kereta – Tya Arifin Usik Asyraf Khalid

Baru-baru ini, hantaran daripada pelakon dan usahawan, Tya Arifin, mencuri perhatian ramai sekali gus mengundang gelak tawa netizen dengan kerenahnya yang mengusik suaminya.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Tya memaklumkan bahawa suaminya iaitu Asyraf Khalid yang juga merupakab seorang usahawan, kali pertama mengisi angin tayar kereta setelah 32 tahun hidup.

“Pertama kali dalam hidup isi angin kereta.” Katanya

Perkongsian itu telah manarik perhatian netizen. Di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dengan kerenah Asyraf yang dilihat tersipu malu apabila diusik Tya ketika berada di stesen minyak.

Leave a Comment