Connect with us

Terkini

Selepas Melalui Pelbagai Fasa Kehidupan, Harris Akui Kini Lebih Matang

Published

on

Harris alif akui lebih matang setelah melalui pelbagai fasa kehidupan

Harris Alif, seorang pelakon dan juga penyanyi yang mendapat gelaran sebagai bapa pada usia muda, mengungkapkan bahawa kematangan seseorang dapat terbentuk dengan lebih baik apabila melalui pelbagai fasa kehidupan.

“Tidak hanya saya, tetapi semua orang. Kematangan kita terbentuk melalui pengalaman-pengalaman yang kita alami sendiri dalam kehidupan.”

“Sebab setiap benda, setiap ujian ke apa, benda yang kita lalui, itulah dia macam ujian yang mematangkan seseorang. Orang yang kita nampak matang itu maksudnya dia dah lalui macam-macam fasa dalam hidup dia.”

“Sebab itulah dia tak ada macam nak buat-buat matang, dia tak boleh. Benda itu tak boleh buat-buat. Ianya adalah sesuatu yang berlaku secara semula jadi.” Katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Harris mengatakan bahawa beliau tidak memiliki petua tertentu untuk menjadi matang. Sebaliknya, pengalaman tersebut hanyalah ungkapan dari sudut pandang peribadinya.

Untuk makluman, Harris berkahwin dengan Intan pada bulan Februari 2021 ketika dia berusia 21 tahun. Hasil dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang diberi nama Evie Khadeeja, yang kini berusia 2 tahun.

Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai intan, yang berusia 41 tahun, saat ini sedang menantikan kelahiran anak kedua.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending