Connect with us

Terkini

Shakilla Khoriri Selamat Begelar Isteri Kepada Fariz

Published

on

Shakilla Khoriri sah bergelar isteri

Pelakon Shakilla Khoriri telah mengumumkan dengan rasminya bahawa dia kini sah menjadi isteri kepada Fariz Zulkepley dalam majlis tertutup di di Shah Alam, Selangor.

“Selamat datang Uncle Fariz.”

“Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran keluarga dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup di atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan meraikan ahli baru dalam keluarga kami,”Katanya menerusi hantaran di instagram.”

Beliau juga mengucapkan terima kasih atau ucapan dan doa yang diterima buat dirinya termasuk anak perempuannya, Ameena Sofia.

Shakilla turut menyatakan bahawa pernikahan itu membawa tanggungjawab yang lebih besar, kerana kini beliau perlu menjaga dua orang insan yang sangat disayangi.

“Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah SWT untuk saya menjaga dua orang ini. Doakan saya dan perjalanan baru ini lebih baik untuk kami bertiga.”

““Doakan saya menjadi umi, isteri yang baik, kuat dan sihat untuk menjaga mereka. Bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni.” Katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending