Pelakon Sharifah Amani gembira berkongsi berita tentang kehamilannya melalui satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya.
Melalui video yang dimuat naik di Instagram, Amani dan suaminya berkongsi momen penting ketika mereka memberitahu keluarga, rakan artis, dan sahabat karib tentang kehamilan Amani. Mereka nampak sangat gembira dan terharu setelah mendapat tahu berita gembira itu.

Sharifah Amani turut menyampaikan rasa syukur atas rezeki yang diberikan.
โSyukur Alhamdulillah,โ katanya
Walaupun begitu, Sharifah Amani juga tidak mendedahkan dengan terperinci tentang kehamilannya.
Dalam ruangan komen hantaran tersebut, Amani dan suaminya menerima banyak ucapan tahniah dari rakan selebriti serta peminat mereka. Selain itu, banyak juga doa-doa yang dikirimkan untuk kebahagiaan pasangan suami isteri itu.
Untuk makluman, Amani dan suaminya telah memulakan hidup berumah tangga mereka pada 10 September 2022.