Connect with us

Terkini

Sherry Ibrahim Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu Buat Pertama Kali

Published

on

Sherry Ibrahim berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu

Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim mengungkapkan kegembiraannya kerana berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu.

Melalui perkongsian di Instagram, Sherry menyatakan bahawa dia sampai di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit pada pukul 6 pagi, diiringi dengan pemandangan pelangi yang indah.

Menurut Sherry, perjalanan ke puncak bukan sekadar tentang teknik mendaki, tetapi juga merupakan ujian ketahanan fizikal dan mental.

“Syukur Alhamdulillah, Sherry okay dan Sherry berjaya. 6 pagi, Gunung Kinabalu 4095.2 meter. Sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.”

“Dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, tekad dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental.”

Menurut Sherry, pendakian bukan sekadar aktiviti, tetapi satu peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan baru yang membangkitkan semangatnya.

“Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Pertama dan terakhir yer Akinabalu. Saya tak rasa kaki saya lagi dalam perjalanan turun, jalan macam ketam.” Tulisnya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending