Pelawak dan usahawan, Shuib, meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra, yang berjaya membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Singapura pada hari Sabtu.
Shuib merasa gembira melihat Thalita dengan penuh keyakinan menyampaikan dua lagu yang merupakan lagu milik arwah isterinya, Siti Sarah, iaitu Kesetiaan dan Makin Benci Makin Cinta (duet bersama Shuib).
“Malam ini anak perempuan kesayangan daddy yang umurnya baru 12 tahun betul-betul buat daddy bangga!!”
“Awak buat hati daddy berbunga-bunga dekat belakang pentas, suara awak sangat indah dan nampak berkeyakinan.” Tulisnya
Shuib berkongsi perkara tersebut melalui hantaran di TikTok yang disertakan dengan potongan video Thalita sedang menyanyi.
Dalam hantaran yang sama, Shuib menyatakan bahawa sekiranya arwah isterinya masih hidup, pasti dia akan merasa bangga dengan pencapaian anak mereka.
“Kalau ibu ada hari ini, dialah manusia paling bahagia atas muka bumi ini tengok awak buat persembahan di atas pentas sebesar ini. Awak dengan cara awak dan suara yang dah macam suara ibu.” Katanya
Shuib akan terus menyokong minat anaknya dalam bidang nyanyian sehingga ke akhir hayatnya.
“Daddy akan sentiasa ada dengan Thlita, sentiasa jadi tulang belakang awak sampai daddy sudah tiada (meninggal dunia), insya-Allah.”
โYang daddy mahu, awak buatlah yang terbaik dalam apa saja yang awak buat okay. I love you so much Thalita,โ katanya lagi.
Selain Thalita, konsert tersebut turut dimeriahkan oleh penyanyi-penyanyi hebat seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Asmidar, Hazama, dan Hafiz Suip.