Connect with us

Terkini

Sinopsis Dia Imamku

Published

on

Sinopsis drama Dia Imamku

“Dia Imamku” ialah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Feroz Kader, menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha sebagai teraju utama. Drama ini bakal menghiasi Slot MegaDrama di Astro Ria, dengan tayangan perdana pada 17 Februari 2025, menggantikan “Curang Tanpa Niat.”

Sinopsis

Mengisahkan tentang kisah cinta antara dua darjat, di mana seorang gadis kaya yang angkuh sanggup menikahi lelaki miskin yang dibencinya demi mempertahankan egonya. Namun, mampukah keikhlasan seorang suami melembutkan hati isterinya dan membimbingnya sebagai imam yang terbaik?

Cempaka Humairah adalah seorang gadis yang bersikap sombong dan angkuh. Dia merasakan dirinya diabaikan oleh ibu bapa, Datoโ€™ Malik dan Datin Orkid, yang lebih menyayangi kakaknya, Lily Hamra. Humairah juga membenci cucu angkat neneknya, Amiruddin (Budin), seorang lelaki kampung yang dipandang rendah dan dianggap tidak bermakna.

Namun, satu insiden yang tidak dijangka telah memaksa Humairah menghadapi keikhlasan perasaan Amir. Ketika dia mula menyedari kebenaran dan memohon keampunan, hati Amir telah menjadi dingin. Adakah Humairah masih berusaha untuk memperbaiki hubungan yang retak itu, atau adakah dia telah kehilangan Amir untuk selama-lamanya?

Info Drama

  • Episod : 52 Episod
  • Tarikh Tayangan :ย 17 Februari 2025
  • Waktu Siaran :ย Isnin – Khamis (10:00 malam)

Barisan Pelakon & Watak

  • Kamal Adli sebagai Budin
  • Siti Saleha sebagai Cempaka Humairah
  • Imam Shah sebagai Rafiq
  • Zara Zya sebagai Lily
  • Fikhree Bakar sebagai Amar
  • Amy Nur Tinie sebagai Rafizah
  • Haneesya Hanee sebagai Dahlia
  • Khatijah Tan sebagai Nenek Bunga
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Orkid
  • Muaz Fitri sebagai Azman
  • Fiza Thomas sebagai Hasnah
  • Balkisyh Semundur Khan
  • Lia Natalia
  • Farhan Asri





Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending