Terkini
Sinopsis Drama Project: Exit
Drama ini mengisahkan tentang empat remaja yang merancang untuk melarikan diri dari sebuah institusi pemulihan akhlak. Fokus utama cerita tertumpu pada Jannah (Shasha Abedul), seorang gadis muda yang bergelut dengan masalah kemurungan. Setelah percubaan tragis untuk mengakhiri hidupnya, Jannah dihantar ke sebuah institusi pemulihan akhlak yang dikenali sebagai INSAN.
Di dalam pusat INSAN yang dikawal ketat, Jannah menemui sesuatu yang dapat mengubah hidupnya – diari milik arwah bapanya. Diari tersebut menjadi kunci untuk membuka segala rahsia gelap mengenai tempat itu, termasuk rancangan terperinci untuk melarikan diri dari pengawasan ketat kakitangannya.
Sebagai seorang remaja berusia 16 tahun yang terperangkap dalam kehidupan yang sukar, Jannah bertemu dengan Hadi (Mierul Aiman), seorang pemuda berusia 17 tahun yang menghidap penyakit ‘cystic fibrosis’. Selain itu, ada juga Ucop (Naim Daniel), seorang pemuda dengan sejarah kelam menjual bahan terlarang demi membantu keluarganya yang serba kekurangan, dan Amy (Kimberly Chuah). Mereka semua akhirnya menjadi rakan dan saling menyokong antara satu sama lain.
Dengan petunjuk daripada diari itu, mereka menyusun rancangan untuk meloloskan diri daripada cengkaman INSAN. Walaupun setiap daripada mereka membawa beban kisah silam yang mengikat emosi, ikatan yang terjalin antara mereka memberikan kekuatan dan keberanian. Dalam usaha yang tiada ruang untuk kegagalan, mereka merangka pelarian yang paling hebat, dengan satu tekad – bebas atau tewas. Mereka bersedia bertempur habis-habisan demi mendapatkan kebebasan.
Pelakon & Watak
- Shasha Abedul sebagai Jannah
- Mierul Aiman sebagai Hadi
- Naim Daniel sebagai Ucop
- Kimberly Chuah sebagai Amy
- Malia Baby sebagai Izzah
- Nabila Huda sebagai Ibu Zan
- Noorkhiriah sebagai Asma
- Farah Ahmad sebagai Salina
- Megat Sharizal sebagai Azmi
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)