Connect with us

Terkini

Siti Nurhaliza : Biodata Dan Latar Belakang

Published

on

Biodata dan latar belakang Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza atau Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dilahirkan pada 11 Januari 1979, hari Khamis. Beliau merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (1942–2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal, dan Siti Salmah Bachik (lahir 1948), seorang surirumah dan peniaga.

Siti Nurhaliza berasal dari keluarga yang gemar muzik. Adik-beradiknya, seperti Saiful Bahri, Siti Norsaida, dan Siti Nursairah juga terlibat sebagai penyanyi. Terdapat juga adik-beradik lain yang terlibat dalam bidang muzik, termasuk Saiful Suhairil (yang telah meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz, dan Mohd Ali.

Bukan itu sahaja, Siti juga adalah penyanyi utama dalam kumpulan ‘Family Group’ yang ditubuhkan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik.

Biodata Siti Nurhaliza

Biodata Ringkas Siti Nurhaliza

  • Nama Penuh : Siti Nurhaliza Binti Tarudin
  • Nama Panggilan : Siti Nurhaliza, Kak Siti, Tokti
  • Tarikh Lahir : 11 Januari 1979
  • Umur : 45 Tahun (2024)
  • Agama : Islam
  • Warganegara : Malaysia
  • Pekerjaan : Penyanyi, Penulis lagu, Penerbit rakaman, Pengacara televisyen, Ahli perniagaan, Pelakon dan Jurucakap produk
  • Pasangan : Khalid Mohamad Jiwa (k. 2006)
  • Anak : Siti Aafiyah binti Khalid dan Muhammad Afwa
  • Ibu Bapa : Tarudin Ismail (bapa), Siti Salmah Bachik (ibu)

Pendidikan

  • Siti menerima pendidikan awalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh.
  • Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford
  • Menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang.
Biodata Siti Nurhaliza

Kerjaya

  • Ketika berusia 13 tahun, Siti menyertai bapa saudaranya dalam persembahan jemputan, seperti majlis perkahwinan dan jamuan kenduri untuk memperkenalkan bakatnya secara langsung. Hasilnya, dia mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat.
  • Siti juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyi lagu patriotik “Bahtera Merdeka” di sebuah Karnival Kuala Lipis sempena “Nyanyian Bulan Kemerdekaan”.
  • Pada tahun 1994, ketika berusia 15 tahun, Siti muncul dalam ruangan Minda Pelajar, yang merupakan bahagian pendidikan dalam akhbar Berita Harian selepas persembahan kumpulannya di sekolah diperhatikan oleh Tamrin Anuar, seorang wartawan Berita Harian pada masa itu.
  • Pada 2014, beliau teringat semula wawancara ini sebagai pendedahan pertama beliau dalam industri hiburan. Siti berkata: “Berita dalam Minda Pelajar itu seperti petunjuk kepada saya untuk menceburi bidang seni walaupun ketika itu saya memasang impian untuk menjadi seorang polis.”
  • Siti juga pernah mendapat peranan kecil dalam sebuah drama TV bersama Zizie Ezette ketika beliau berada di Tingkatan 4.
Biodata Siti Nurhaliza

Anugerah Dan Pencapaian

  • Juara Bintang HMI, Radio Televisyen Malaysia (RTM) – 1995
  • Anugerah Emas Asia New Singer Competition,Shanghai Asia Music Festival – 1999
  • Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International,South Pacific International Song and Singing Competition – 1999
  • Voice of Asia,Kazakhstan – 2002
  • Artis Serantau Paling Popular,Anugerah Planet Muzik – 2001-2011
  • Tempat kedua Asia’s Best Musical Artiste,MTV Asia – 2005
  • Tempat Kedua Biggest Asian Artiste,Channel V – 2005
  • Darjah Indera Mahkota Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah – 2006
  • Asia’s Idol,Asia News Network – 2008
  • Asian Music Legend,Top 10 of Asia – 2014
  • Pemegang bagi 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records

Fakta Tambahan

  • 43 Anugerah Industri Muzik
  • 25 Anugerah Bintang Popular
  • 28 Anugerah Planet Muzik
  • 20 Anugerah Juara Lagu
  • 4 Anugerah MTV Asia
  • 3 Anugerah Muzik Dunia
  • 2 Anugerah Musik Indonesia
  • 2 Anugerah Muzik Singapura 
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending