Connect with us

Terkini

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Masing-Masing Bersama Ade Govinda

Published

on

Siti Nurhaliza bawakan lagu masing-masing bersama Ade Govinda

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini dilihat bersama Ade Govinda di studio rakaman yang menarik perhatian ramai peminat.

Seperti yang kita semua ketahui, lagu ‘Masing-masing’ yang ditulis oleh Ade Govinda dan dinyanyikan oleh penyanyi berbakat, Ernie Zakri, telah menjadi fenomena sejak ia dilancarkan di semua platform.

Dalam hantaran di TikTok, komposer dan gitaris kumpulan terkenal Indonesia, Ade Govinda, dilihat bersama Siti Nurhaliza, atau lebih mesra disapa Tokti, sambil menyanyikan lagu ‘Masing-Masing’.

Dalam kapsyen tersebut, Ade berkongsi kegembiraannya atas kolaborasi singkat tersebut.

“Sangat menyenangkan dapat membawakan lagu ‘Masing-Masing’ bersama the living Dato Siti Nurhaliza.” Tulisnya

Melihat pada ruangan komen, ramai peminat terpukau dengan suara Biduanita Negara itu yang menyanyikan lagu dengan gaya tersendiri.

“Sedap je telinga dengar suara merdu”

“Memang suara Biduanita Siti Nurhaliza merdu dan tepat untuk lagu seperti ini”

“Tak perlu heavy2 music, suara da memang ada music.. merdu sungguh”



Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending