Connect with us

Terkini

Tahun Ini Betul-Betul Meriah, Remy Ishak Teruja Pertama Kali Beraya Bersama Anak

Published

on

Remy Ishak Teruja Beraya Bersama Anak

Dengan kehadiran seorang anak pasti akan membuat sambutan Aidilfitri bagi pelakon Remy Ishak dan isterinya lebih meriah dan menggembirakan.

Mohammad Zalimie Ishak, yang dikenali sebagai Remy Ishak menyatakan bahawa kehadiran anak mereka, Tuah, bersama isterinya (Ezza Yusof) merupakan satu anugerah yang amat membahagiakan. Oleh itu, pada kali ini, mereka ingin berkongsi seribu kebahagiaan.

“Isteri teruja sediakan semuanya. Saya baru rancang nak tengok baju raya, tapi isteri sudah siapkan awal-awal. Saya hanya mampu ternganga je.”

“Sebenarnya saya teruja lah. Dulu berseorangan, lepas tu dah ada isteri, ni dah ada anak.”

Pelakon terkenal itu juga menyatakan bahawa mereka akan beraya di Melaka bersama ibunya.

“Tahun ini, kami akan pulang beraya di Melaka sebab adik-beradik semuanya beraya di sebelah keluarga mentua”

“Saya akan spend time dengan mak saya dulu dan selepas tu mungkin raya ke-2 beraya belah keluarga isteri.” Katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending