Penyanyi terkenal, Tomok, berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan dirinya telah mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Tomok tampil kemas mengenakan kemeja lengan panjang berwarna hitam yang sememangnya menjadi pakaian rasmi pelajar kampus.
Tomok turut berkongsi pengalaman sepanjang proses pendaftaran, termasuk menerima kad siswa, menghadiri sesi orientasi, serta melawat beberapa bangunan pengajian di kampus.
Pada hari pertama melangkah masuk ke UPSI, Tomok ditemani oleh isteri tercinta bersama anak-anaknya.

“Biasanya ayah, ibu hantar anak-anak.. Ni terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik.” Tulisnya