Tomok dan Sharul, dinobatkan sebagai Duo Terbaik dalam minggu ketiga program Famili Duo Musim Ke-4 (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Pasangan duo itu tampil dengan tema Hip Hop yang mempersembahkan dua lagu dalam bentuk medley, iaitu Da Bomb dan Pop Yeh Yeh yang dipopularkan oleh kumpulan Ruffedge dan V.E.
Mereka berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 71.23 peratus, mengalahkan Ayie dan Salma yang menduduki tempat kedua dengan markah 69.65 peratus, sementara pasangan Shiha dan Ieda Zikir pula berada di tempat ketiga dengan markah 55.3 peratus.
Juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam, memberikan ‘standing ovation’ serta memberikan markah sempurna, ‘perfect 10’, atas persembahan mereka berdua.
“Tahun ini memang aku goyang kaki. Mummy tak ada nak komen apa lah.“
“Kalau dah namanya artis itu memang artis, korang berdua ini buat pertunjukkan sebenarnya bukan bertanding. Tak ada komen apalah.“