Tya Arifin & Asyraf Khalid Bakal Timang Anak Perempuan

Baru-baru ini, pasangan usahawan Asyraf Khalid dan Tya Arifin, mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian di Instagram, Asyraf dan Tya bersama dua anak mereka berkongsi momen istimewa dengan menggunakan sebiji kek sebagai simbolik untuk mengumumkan jantina anak ketiga mereka.

Dalam video tersebut, terlihat isi kek berwarna merah jambu yang menandakan bahawa bayi yang bakal lahir adalah perempuan. Dapat dilihat, pasangan tersebut bersama anak-anak mereka kelihatan tersenyum penuh kegembiraan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.



Leave a Comment