Connect with us

Terkini

Wan Sharmila Anggap Adik Comel Sebagai Hadiah Istimewa Di Masjid Nabawi.

Published

on

Wan Sharmila Dipeluk Dan Dicuim oleh Kanak-Kanak Comel Di Masjid Nabawi

Pelakon Wan Sharmila berasa sangat terharu apabila seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berasal dari Pakistan datang memeluk dan mencium pipinya sebaik sahaja beliau selesai menunaikan solat sunat di Masjid Nabawi.

Menerusi hantaran di Instagram, Wan Sharmila menganggap kejadian itu sebagai hadiah istimewa di Masjid Nabawi.

“Hadiah istimewa hari ini di Masjid Nabawi. Adik comel nama dia Zaharah dari Pakistan ni suka saya kot. Lepas Lala habis solat sunat, dia terus datang nak peluk. Allah.. bahagianya rasa Allah datangkan budak comel untuk Lala lepaskan rasa sayang dan rindu” Katanya

Tambah pelakon itu, kebahagiaan akan muncul apabila ada orang yang ikhlas mendekati kita.

” Bahagia itu apabila ada insan yang ikhlas dekat dengan kita. Kita berjumpa dengan seseorang itu bukanlah secara tidak sengaja. Pastinya ada sebab mengapa mereka ditakdirkan berada di dalam hidup kita. Sama ada sebagai pengajaran atau kebaikan. Percaya pada setiap aturan Dia.”



Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending