Terkini
Tidak Menyangka Dinobatkan Sebagai ‘Superstar Paling Gempak’ Di Pentas Akhir MLS4 – Zulin Aziz Kini Kembali Aktif
Pelakon Zulin Aziz tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gembiranya apabila dinobatkan sebagai Superstar Paling Gempak pada pentas akhir Muzikal Lawak Superstar musim ke-4, yang berlangsung pada Ahad lalu.
Menurut Zulin dalam hantaran di Instagram, sepanjang sembilan minggu bertanding dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), dia sama sekali tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut.
“Saya sangat terkejut bila diumumkan pemenang Superstar Paling Gempak, rasa macam mimpi.”
Tambah Zulin, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan penyertaannya dalam program lawak tersebut.
“Terima kasih kepada @saifulapek, @harithiskander & @annajobling sebab pilih saya, tak tahu nak cakap apa, terharu sangat.”
“Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan saya. Kalau bukan sebab idea mereka untuk mengembangkan watak-watak dalam diri Zulin ni, kejayaan ini mungkin tidak akan tercapai.. Setinggi-tinggi penghargaan dan kejayaan juga buat Nizam & Chiwan.” Tulisnya
Zulin turut menyatakan bahawa Shiera (Sharifah Shahirah) telah memberi semangat kepadanya untuk kembali aktif dalam industri.
Dalam hantaran yang sama, Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Farhan, atas keizinan dan sokongan yang diberikan untuknya terus berkarya.
“Tulang belakang saya, setiap hari doakan saya dan ini untuk awak juga”. Katanya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 months ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)