Terkini
Aina Abdul Bintang Paling Popular ABP36
Penyanyi Aina Abdul telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada hari Jumaat.
Kemenangan itu melayakkan Aina membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah bersama trofi.
Aina, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, mengucapkan terima kasih kepada semua yang tanpa henti menyokongnya sehingga berjaya mencapai tahap ini dan menggenggam trofi berharga tersebut.
Pada masa yang sama, Aina berpendapat bahawa segala pengorbanan selama 10 tahun dalam industri hiburan akhirnya membuahkan hasil.
“Terima kasih kepada ibu saya dan kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.”
“Terima kasih kepada berita harian dan TV3 kerana memberi peluang ini dan juga TV3 khususnya kerana membuka pintu pertama saya ke dalam industri ini melalui Mentor Legend.”
“Dan sudah tentu kepada pasukan Aina Abdul terima kasih kerana sentiasa tolak insan ini bekerja dan berkarya.
“Satu pesanan ibu saya yang saya tak akan lupa sampai bila-bila adalah jangan putus asa, Allah SWT sebaik perancang,โ katanya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)