Terkini
Zain Saidin Tak Bimbang Aaisyah Suka Bersiap – Dia Dalam Fasa Membesar
Pelakon Zain Saidin tidak bimbang dengan minat anaknya, Aaisyah Dhia Rana, yang menunjukkan minat dalam berdandan.
Dalam satu temubual bersama Maskulin, Zain berpendapat tidak salah bagi kanak-kanak perempuan untuk bermain dengan alat solek, lebih-lebih lagi Aaisyah hanya bersolek sekali-sekala.
“Aisyah dia memang suka pakai make up. Dia ikut mak dia”
“Pada saya, benda tu tidak salah pun sebagai seorang kanak-kanak. Dia pakai make up pun sekali sekala, bila dia nak “dress up” sahaja.”
“Ada yang kata tak elok macam tu, tapi dia tak pakai make up selalu.”
“Cuma apa yang kita tengok dekat media sosial itu hanya hantaran dia atau ibunya, waktu dia sedang cantik. Jadi ketika dia selekeh, kita tak nampak sangat sebenarnya.” Katanya
Pada masa yang sama, Zain menyatakan bahawa penampilan puteri tunggalnya akan berubah setiap kali mereka keluar bersama. Tambahnya lagi, Aaisyah kini dalam fasa pembesaran, jadi sebagai ibu bapa, dia dan Rozita perlu mengenal pasti minat serta kecenderungan anak mereka.
“Tapi kalau tengok media sosial saya, dia keluar pakai baju biasa-biasa sahaja.”
“Bila dengan saya mudah sahaja, kami nak pergi tempat pun yang simple simple jadi dia tak perlu bersiap dan hanya pakai baju yang sesuai.”
“Jadi dia membesar ni kami bagi keseimbangan, tidak ada masalah pun dekat situ.”
“Dia dalam fasa membesar dan banyak belajar. Kami pun nak tengok minat dia dekat mana, jadi kami lebih prihatin dengan apa minat dia dan kami bimbing ke jalan yang betul.” Katanya
Selain itu, Zain juga sering bergurau dengan anaknya mengenai teman lelaki.
“Saya banyak kali kacau dia, โAaisyah ada boyfriend umur 30 je tau.โ Dia ketawa sahaja.”
“Kalau dia ada teman lelaki, kami kena didik dia untuk dia memilih ciri-ciri seorang lelaki yang betul.” Katanya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)