Connect with us

Terkini

Atikah Suhaime Berkongsi Kisah Di Sebalik Resipi Nasi Goreng Ibunya

Published

on

kisah disebalik nasik goreng ibu

Baru-baru ini, pelakon Datin Atikah Suhaimi menarik perhatian netizen dengan memuat naik video masak nasi goreng menggunakan resepi ibunya.

Dalam video tersebut,  Atikah dilihat sedang menyediakan nasi goreng untuk keluarga mentuanya. Menurutnya, nasi goreng itu menyimpan kisah istimewa kerana ia merupakan menu yang sering dimasak oleh ibunya sewaktu mereka pernah hidup susah. 

Pada masa yang sama, dia juga tidak menyangka menu tersebut menjadi telah menjadi kegemaran suami dan bapa mentuanya.

“Nasi goreng ni ada kisahnya. Dulu keluarga saya susah, hari-hari mama akan buat nasi goreng, tapi takda daginglah, setakat ikan bilis sahaja.”

“Kadang-kadang saya teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama masak. Papa mentua saya terbau nasi goreng itu dia minta.”

“Saya cakap dekat dia, ni masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke?.”

“Sejak hari tu, nasi goreng ni sangat popular dekat rumah ni.” Katanya

Dalam pada itu, Atikah turut menjelaskan bahawa di sebalik kisah nasi goreng ini, bapanya enggan menikmati hidangan tersebut lagi kerana ia mengingatkannya kepada kehidupan susah yang pernah mereka lalui.

“Ironinya, keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ni akibat trauma susah waktu dulu. Jadi itulah kisah nasi goreng mama saya ni.”

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ketika sekarang ni.”

“Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah, walaupu RM2 sekalipun kepada yang memerlukan Jangan pernah kedekut pada mak ayah sendiri. Walaupun keluarga mentua kaya, saya masih beri sedikit duit, belanja makan atau apa sahaja. Ujarnya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending