Connect with us

Terkini

Nora Danish Menangis Ketika Bacakan Puisi Di Festival Sunnah

Published

on

Nora Danish menangis bacakan puisi di festival sunnah

Pelakon Nora Danish tidak dapat menahan rasa sebak ketika membacakan puisi bersempena dengan Festival Sunnah yang diadakan baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Nora kelihatan sebak ketika membaca setiap bait puisi tersebut. Menurut Nora, bahagian yang dikongsikan itu adalah bahagian puisi yang paling indah dan menyentuh hatinya.

“Di antara bahagian puisi indah menusuk lubuk jiwa paling dalam dari sang pencinta, Ustazah @asnimansor.”

Nora turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon Umie Aida dan Dato Alha Alfa kerana sudi menjemputnya ke festival tersebut.

“Terima kasih kak @umieaida9 dan Dato @alhaalfa di atas jemputan ini. Rasa diri belum cukup layak berada di atas pentas bersama wanita wanita hebat ini. Nora amat lah bersyukur kerana diberi peluang dan tidak akan lupa momen indah ini.”


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending