Terkini
Azira Shafinaz Alami Retakan Pada Pergelangan Tangan Semasa Proses Penggambaran.
Azira Shafinaz yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon, dikatakan mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya akibat jatuh semasa proses penggambaran. Azira pun segera dibawa ke unit kecemasan hospital untuk menerima rawatan.
Melalui akaun Instagram, Azira Shafinaz berkongsi gambar tangan beliau yang dibalut selepas menerima rawatan di hospital. Azira juga mengungkapkan rasa syukurnya kerana tidak mengalami kecederaan serius yang perlu dirisaukan.
“Secara tak sengaja jatuh ketika saya sedang menjalani sesi penggambaran drama malam tadi.”
“Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan serius cuma saya mengalami keretakkan kecil (hairline fracture) pada bahagian tulang pergelangan tangan. Tolong doakan saya cepat pulih”. Katanya menerusi hantaran di instagram beliau.
Dalam hantaran yang sama, Azira juga memaparkan gambar sinar X-ray pergelangan tangannya yang menunjukkan keadaan terkini.
Melihat pada bahagian komen, kebanyakan netizen dan rakan artis menyatakan simpati terhadap Azira dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 years ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)