Terkini
Biodata Hun Haqeem Serta Kerjaya
Haqeem Bin Hermy, atau lebih dikenali sebagai Hun Haqeem, dilahirkan pada 7 Januari 1998. Beliau merupakan seorang pelakon, model, dan hos TV lelaki Malaysia yang terkenal.
Hun Haqeem mula dikenali ramai selepas memegang peranan sebagai Ariff dalam drama “Cari Aku Di Syurga” pada tahun 2019. Popularitinya terus meningkat melalui watak Jaafar (Jekfer) dalam siri “Kampung People” (2019) dan sambungannya, “Kampung People 2” (2020).
Biodata Ringkas Hun Haqeem
- Nama Penuh : Haqeem Bin Hermy
- Tarikh Lahir : 7 Januari 1998
- Tempat Lahir : Kuching, Sarawak Malaysia
- Umur : 26 Tahun (2024)
- Agama : Islam
- Warganegara : Malaysia
- Pendidikan : Menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.
- Pekerjaan : Pelakon, Model, Hos Tv dan Penyanyi
Kerjaya
- Hun Haqeem memulakan penglibatan dalam seni sebagai pelakon dan model. Beliau mula melibatkan diri secara serius dalam lakonan semasa menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press.
- Beliau telah menampilkan bakat lakonannya dalam beberapa drama popular seperti “Cari Aku Di Syurga”, siri “Cinta Belum Tamat Tempoh”, dan telefilem “Tasbih Usang”.
- Hun Haqeem juga membuat kemunculan pertamanya dalam muzik video melalui klip lagu “Hapus” oleh Masya Masyitah, dan selepas itu, beliau turut muncul dalam muzik video untuk lagu “Siapa Tak Mahu” oleh Siti Nurhaliza.
- Beliau juga pertama kali menerima peluang lakonan berskala besar melalui projek “Nenek Bongkok Tiga pada tahun 2023.
- Pada bulan Mac 2023, Hun Haqeem bersama Mira Filzah membintangi drama “Imam Instant Ustazah Scammer” untuk kali pertama, khusus sempena bulan Ramadhan. Beliau teruja untuk bekerjasama denga Mira Filzah dalam drama tersebut.
- Pada tahun 2024, Hun Haqeem juga menyertai Program The Masked Singer Malaysia musim keempat.
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini1 month ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)