Dahlia Rizal Terima Duit Raya Untuk Anak – Ucap Terima Kasih Kepada Pemberi

Baru-baru ini, Pempengaruh Dahlia Rizal meluahkan rasa terharu apabila menerima duit raya daripada seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, Dahlia dilihat sedang berada di dalam kereta.

Tidak lama kemudian, suaminya Imran Aqil membuka pintu kereta dan menghulurkan sampul duit raya kepadanya.

“Sayang ada orang bagi duit raya dekat awak, dekat ATM tadi. Kakak tu baik sangat.”

“Saya cakap tak apa, tapi dia kata duit itu untuk anak.”

Dahlia yang terkejut dengan pemberian itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada wanita berkenaan.

“Terima kasih kakak sebab bagi duit untuk anak saya.” Katanya

Melihat komen-komen warganet, ramai yang menganggap bayi Dahlia sangat bertuah kerana telah menerima limpahan rezeki sejak dari dalam kandungan lagi.

Leave a Comment