Tindakan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, yang meminta kambing peliharaannya memberi โreviewโ terhadap produk jeruk mangga jualannya mencuit hati netizen dan menarik perhatian ramai di media sosial. Gelagat lucu dan unik itu bukan sahaja menghiburkan, malah turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya terhibur dengan cara kreatif beliau mempromosikan produknya.
Aliff dilihat mempromosikan produk tersebut kepada pengguna media sosial melalui perkongsian di TikTok.
Tindakan spontan Aliff yang menyuap jeruk ke dalam mulut kambing bernama Tasya telah mengundang gelak tawa netizen.
Lebih menghiburkan apabila kambing itu memakan kesemua jeruk tersebut tanpa menunjukkan sebarang reaksi yang pelik.
Kebanyakan wargamaya yang mengunjungi ruangan tersebut merasa terhibur dengan gelagat lucu usahawan itu.