ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi, baru-baru ini berkongsi keadaan ruang solat di rumah salah seorang mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang mencetuskan kebakaran besar di Putra Heights.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Najwan Halimi dilihat meninjau lokasi kejadian kebakaran bersama para petugas yang lain.
Apa yang lebih menakjubkan adalah ruang solat yang tetap utuh dan tidak terjejas walaupun kebakaran melanda.
“Salah satu rumah yang terjejas teruk, tapi bilik solat masih dalam keadaan baik.”
“Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya”
“Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.”