Connect with us

Terkini

Datin Rebecca Dan Adik-Beradik Berebut Nak Jaga Ibu

Published

on

Datin Rebecca & Adik Beradik Seronok Jaga Ibu

Datin Rebecca Nur Al Islam telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan podcast Ruang Usanita bersama Awal Ashaari. Dalam rancangan tersebut, mereka membincangkan topik “Tak Semua Layak Bergelar Ibu”.

Datin Rebecca Nur Al Islam mengatakan bahawa dia dan adik-beradiknya sangat menghargai ibu mereka dan masing-masing berebut mahu menjaganya.

“Ibu saya tu adalah syurga yang sangat beruntung dekat dunia ni. Sebab kami 8 adik-beradik, berebut-rebut mak kami sebab ayah kami dah meninggal 2017.”

“Contoh, abang sana pergi luar negara nak mengheret mak, kita pun nak mengheret mak. Mak tu dah macam ‘aa belah la lapan aku’ sampai macam tu sebab anak-anak nak sangat dia.”

Dalam pada itu, beliau turun mengatakan yang mereka tidak hanya bercuti tetapi juga selalu berusaha untuk menghargai ibu dengan memberikannya hadiah.

Menurut Rebecca, dia percaya bahawa setiap kejayaan anak-anak adalah disebabkan oleh ibu.

“Kami percaya yang kejayaan kami, kejayaan anak-anak adalah disebabkan oleh ibu. Itu memang betul.”

“Orang kata syurga hanya untuk anak lelaki, tidak. Anak perempuan itu pun syurga kita juga.”

“Mak saya daripada tahun 2017 semenjak arwah ayat saya meninggal, dia beritahu tak pernah sunyi. Alhamdulillah.”

Dalam masa yang sama, ibu kepada sembilan orang anak ini berharap agar semua anaknya akan memberikan perhatian yang sama kepadanya semasa hari tua kelak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending