Terkini
Sherry Ibrahim Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu Buat Pertama Kali
Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim mengungkapkan kegembiraannya kerana berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu.
Melalui perkongsian di Instagram, Sherry menyatakan bahawa dia sampai di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit pada pukul 6 pagi, diiringi dengan pemandangan pelangi yang indah.
Menurut Sherry, perjalanan ke puncak bukan sekadar tentang teknik mendaki, tetapi juga merupakan ujian ketahanan fizikal dan mental.
“Syukur Alhamdulillah, Sherry okay dan Sherry berjaya. 6 pagi, Gunung Kinabalu 4095.2 meter. Sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.”
“Dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, tekad dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental.”
Menurut Sherry, pendakian bukan sekadar aktiviti, tetapi satu peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan baru yang membangkitkan semangatnya.
“Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Pertama dan terakhir yer Akinabalu. Saya tak rasa kaki saya lagi dalam perjalanan turun, jalan macam ketam.” Tulisnya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 years ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)