Norrean Iman seorang pelakon dan pempengaruh terkenal, baru-baru ini menarik perhatian apabila beliau berkongsi gambar dirinya yang memakai hijab.
Melalui perkongsian di Insta Story, Norreen turut menyatakan bahawa beliau telah memulakan proses pemadaman gambar-gambar yang menunjukkan auratnya di laman media sosial peribadinya.
โDaripada 2,000 lebih menjadi 300 lebih hantaran. Banyak kenangan. Saya dan Razzi, anak-anak, kawan-kawan. Takpelah simpan dalam hati jelah,โ katanya.

Norreen menyatakan bahawa meskipun dia menangis semasa memadam semua kenangan tersebut, namun dia tidak merasa menyesal dengan keputusannya itu.
Walaupun Norreen tidak secara terperinci menyatakan sama ada dia sudah memakai hijab sepenuhnya atau tidak dalam perkongsian terbarunya, kebanyakan netizen berharap agar pelakon tersebut terus istiqamah dalam berhijab.
Pengikut di Instagram Norreen juga turut memberikan pujian atas usahanya dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.