Connect with us

Terkini

Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku

Published

on

Sinopsis drama takdir itu milik aku

Drama Melayu terkini yang akan segera ditayangkan adalah drama yang berjudul “Takdir Itu Milik Aku” karya Siti Rosmizah yang bakal muncul di Astro Ria. Drama ini terdiri daripada 40 episod dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd di bawah arahan Feroz Kader. Anda akan melihat wajah-wajah pelakon popular seperti Emma Maembong, Amar Baharin, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, dan banyak lagi dalam drama ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama tersebut.

Info Drama

  • Tajuk Drama : Takdir Itu Milik Aku
  • Tarikh Tayang : 2024
  • Episod : 40 Episod
  • Saluran : Astro Ria
  • Waktu Siaran : ย Isnin – Khamis, 10:00 malam

Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku

Cerita ini mengisahkan seorang anak yatim yang bernama Dian Zara, yang menumpang kasih dengan neneknya.ย Kehidupan zara sebagai anak yatim sangat menyedihkan kerana selalu di siksa oleh Emak saudaranya (Kamsiah) tanpa henti. Impian Dian Zara juga hancur ditengah jalan untuk belajar hingga mencapai puncak kejayaan.

Dian telah diminta untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Dia setuju dengan kehendak ibu saudaranya. Bagi Dian, menjadi pembantu rumah seperti memberikan sinar baru dalam hidupnya, tetapi kebahagiaan itu hanya bersifat sementara. Saat berkenalan dengan cucu majikannya, tirai penderitaan dalam hidupnya terbuka kembali. Dian tertipu oleh janji-manis seorang lelaki. Janji untuk membuat hidupnya bahagia ternyata hanya dusta belaka.

Kerana kerjaya dan kemewahan keluarganya, Zarif Adha menjadi angkuh dan sombong. Sikap angkuhnya membuatnya tanpa belas kasihan memanipulasi kehidupan seorang gadis yang polos ini. Ternyata disebalik itu ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Ketamakan Datin Munirah menyebabkan dia lupa pada nilai-nilai agama. Tanpa belas kasihan atau simpati, dia rela menghancurkan hidup seorang gadis hanya untuk mencapai tujuannya dalam mendapatkan harta milik ibu mentuanya.

Adakah kehidupan Dian akan mengalami perubahan selepas itu? Atau adakah dia akan terus mengalami penderitaan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending