Terkini
Song Ji Hyo Gagal Dibayar Gaji, Failkan Saman Terhadap Bekas Syarikat Pengurusannya

Pelakon terkenal, Song Ji Hyo, telah memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya, Uzorocks, atas dakwaan gagal membayar tuntutan gaji sebelum ini. Ji Hyo mengambil tindakan undang-undang pada Selasa lalu selepas syarikat itu sekali lagi melanggar perjanjian mereka untuk menjelaskan bayaran sehari sebelumnya.
Menurut wakil kepada Ji Hyo, tindakan undang-undang diambil kerana aktres itu tidak lagi mempercayai janji dari pihak Uzorocks. “Pihak Uzorocks sudah beberapa kali melepasi tarikh perjanjian dalam soal pembayaran gaji. Song Ji Hyo tidak boleh menunggu lagi dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas kepercayaannya dikhianati,” ujar wakil tersebut.
Tunggakan tersebut termasuk pembayaran untuk Ji Hyo dalam beberapa program televisyen. Syarikat Uzorocks, sebelum ini, dilaporkan menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan mereka tidak mampu membayar artis di bawah naungan mereka serta gaji bulanan pekerja.
Pada 14 April lalu, Ji Hyo telah menghantar notis kepada Uzorocks untuk tidak lagi bernaung di bawah syarikat itu. Bagi peminat Ji Hyo, tindakan ini mungkin mengecewakan mereka tetapi keputusan tersebut perlu dibuat oleh Ji Hyo demi mendapatkan hak dan keadilan.
-
Terkini9 months ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini10 months ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
Terkini10 months ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini9 months ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini8 months ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini8 months ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)
-
Terkini1 year ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini1 year ago
“Biasa air teh, ini kopi pula”- Video memaparkan air yang dikeluarkan di Kelantan berwarna Hitam Pekat Undang rasa kecewa rakyat Kelantan