Connect with us

Terkini

Alami Sakit Yang Luar Biasa, Uyaina Cabut Gigi Geraham Bongsu

Published

on

uyaina cabut gigi geraham bongsu

Pengacara Uyaina Arshad mendedahkan bahawa dia mengalami kesakitan yang teruk akibat bengkak pada gigi geraham bongsunya.

Dalam satu hantaran di Instagram, Uyaina memaklumkan bahawa dia telah mengalami demam selama lima hari berturut-turut. Selain itu, dia juga mengalami sakit mulut disebabkan oleh tonsil dan ulser.

“5 hari demam tak surut-surut. Satu mulut sakit ingatkan sebab tonsil dan ulcer sahaja.”

“Pergi klinik, tak jalan. Pergi hospital, tak jalan juga. Blood test result cakap I ada bacterial infection kat white blood cell. Makan antibiotics dan ubat-ubat lain tapi macam tak ada kesan langsung.”

“Last sekali i decided untuk pergi dentist. Rupa-rupanya, wisdom teeth both side dah membengkak sebab bergesel dengan gusi. Patutlah sakit lain macam, ditambah pula dengan tonsil dan ulcer. Complete package.” Katanya

Pada masa yang sama, Uyaina turut memberitahu bahawa dia telah mencabut tiga giginya.

“So now dah cabut 3 gigi. Selain pelat, I think I’m gonna be okay. Going through recovery pula untuk seminggu ni. Tolong doakan saya.” Tulisnya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending