Terkini
Bidaah : Sinopsis Drama & Senarai Pelakon

Drama berjudul Bidaah merupakan karya penerbit terkenal, Eirma Fatima, dan diarahkan oleh pengarah berbakat Mohd Fazli Yahya, yang lebih dikenali sebagai Pali Yahya.
Drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana dan Marissa Yasmin ini mengisahkan tentang ilmu ajaran sesat yang berlaku di sebuah kampung.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah โ sebuah kumpulan ajaran agama yang diketuai oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri mula sedar ada yang tidak kena dengan ajaran kumpulan itu, terutama apabila ia melibatkan paksaan dalam perkahwinan dan kepatuhan membuta tuli.
Setelah pulang dari Yaman, Hambali (Fattah Amin), anak kepada orang kanan Walid, mula meragui ajaran kumpulan itu. Dengan tekad yang kuat bersama Baiduri, mereka berusaha melindungi keluarga mereka dan mendedahkan kebenaran tentang kumpulan tersebut, walaupun terpaksa berdepan dengan ancaman bahaya.
Senarai Pelakon
- Faizal Hussein sebagai Walid Muhammad
- Fattah Amin sebagai Hambali
- Riena Diana sebagai Baiduri
- Marisa Yasmin sebagai Ummi Hafizah
- Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul
- Hasnul Rahmat sebagai Abi Saifullah
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsum
- Fatiya Latiff sebagai Masyitah
- Malia Baby sebagai Habibah
- Nafiz Muaz
- Hanna Faresha
- Iman Zulkarnain
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini4 months ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan2 years ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini3 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)