Connect with us

Terkini

Haris Ismail Titip Ucapan Istimewa Buat Abang

Published

on

Harriz Ismail Titip Ucapan Penuh Makna Buat Abang

Pendakwah Haris Ismail menitipkan ucapan penuh makna buat abangnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir, sempena majlis perkahwinannya bersama penyanyi terkenal, Aisyah Aziz, yang berlangsung indah pada hari Sabtu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz meluahkan rasa syukur dan turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin baharu tersebut.

“Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr. Amir dan Pn Aisyah Aziz.”

“Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia. Apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.”

“Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, insya-Allah.”

Dalam hantaran yang sama, Haris juga meluahkan rasa kagumnya terhadap sikap abangnya sejak kecil, malah menjadikan abangnya sebagai contoh teladan untuk sentiasa melakukan kebaikan.

“Kepada abang kesayangan saya, dari kecil sebenarnya adik mengagumi abang Amir dalam diam. Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan. Abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang masya-Allah jua sopan santun, budi pekertinya.”

“Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian.”

“Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol โ€˜I love you to the moon and backโ€™, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua.” Tulisnya


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending