Connect with us

Terkini

Elisya Sandha Bakal Timang Anak Lelaki

Published

on

Elisya Sandha Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon Elisya Sandha akhirnya mengumumkan bahawa bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi adalah lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Elisya dalam majlis ‘gender reveal’ yang telah diadakan.

Elisya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik.

“Alhamdulillah syukur Allah berikan rezeki dan peluang untuk saya menjadi ibu kepada dua cahaya mata.”

“Anak adalah amanah dan ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan suami. Semoga segalanya dipermudahkan dan saya dapat jadi ibu yang terbaik.” Katanya

Pada Disember tahun lalu, Elisya mengumumkan kehamilannya melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending