Pelakon Sharnaaz Ahmad menegaskan bahawa tindakan tiga penyampai radio, Nabil, Radin, dan Azad Jazmin, yang didakwa mempersendakan agama kaum lain, sememangnya salah.
Dalam hantaran di Instagram, Sharnaaz, menekankan bahawa sebagai rakyat yang hidup dalam negara majmuk, kita perlu saling menghormati agama dan budaya kaum lain.
“Kepada tiga sahabat aku, aku tahu kalian bertiga sangat โdownโ, namun apa yang kalian sudah buat memang salah. Memang seratus peratus salah.”
“Jangan sesekali kita permainkan apa-apa agama di Malaysia kerana itu bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Kita hormat setiap bangsa di negara ini.”
Namun begitu, Sharnaaz memuji keberanian ketiga-tiga penyampai itu kerana mengakui kesilapan mereka dan tampil memohon maaf secara terbuka.
“Dekas sini saya harus beri โrespectโ kepada kalian kerana berani mengaku bersalah dan mengaku sudah buat satu kesilapan yang besar. Kalian juga sudah berjumpa dengan pihak yang sepatutnya dan minta maaf.”
“Tidak mengapa, sebab setiap manusia buat silap. Orang yang berani mengaku silap wajib kita bagi peluang kedua.”