Connect with us

Terkini

Biodata Hannah Delisha

Published

on

biodata hannah delisha

Hannah Adlina Blackburne Birch, atau lebih dikenali sebagai Hannah Delisha, lahir pada 27 Oktober 1996, merupakan seorang pelakon, penyanyi, model, dan pengacara terkenal dari Singapura.

Hannah Delisha memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Delisha sebelum melebarkan sayap ke dunia lakonan melalui beberapa drama terbitan MediaCorp Suria. Namanya mula dikenali di Malaysia selepas membintangi drama adaptasi novel popular “Mencintaimu Mr. Photographer”.

Hannah Delisha

Biodata Ringkas

  • Nama Penuh : Hannah Adlina Blackburne Birch
  • Dikenali Sebagai : Hannah Delisha
  • Tarikh Lahir : 27 Oktober 1996
  • Umur : 29 Tahun (2025)
  • Pekerjaan : Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara
  • Pasangan : Imam Shahย (k.ย 2021)

Kerjaya

  • Hannah ialah bekas ahli duo Delisha, yang turut dianggotai oleh Mia Delisha.
  • Selepas memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada tahun 2015, beliau melancarkan single pertamanya berjudul Anugerah. Lagu ini merupakan ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyper Act.
  • Pada tahun 2017, beliau melancarkan single keduanya berjudul Esok Masih Ada.
  • Pada tahun 2018, beliau melancarkan single ketiganya yang berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.
  • Hannah turut membintangi beberapa drama di saluran Mediacorp Suria, antaranya Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti, dan Bingit. Drama Farhana menjadi penampilan pertamanya di kaca televisyen.
  • Beliau juga merangkul anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura ke-14 pada tahun 2017.
  • Hannah mengembangkan bakatnya dan mula dikenali menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer, yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria bersama pelakon Syafiq Kyle. Beliau juga telah membintangi beberapa drama lainnya seperti Alamatnya Cinta, ย Aku Cinta Dia, ย 30 Pesanan Suara, Bukan Kahwin Paksa, ย Saga 2.0ย , Cinta Sekali Lagi, Tercipta Satu Ikatan, Kisah Rumah Tangga, 28 Hari Mencari Cinta, ย Andai Itu Takdirnya, dan ย Lelaki Itu











Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending