Nur Erysha Emyra Zakaria dilahirkan pada 1 Disember 1999. Beliau merupakan seorang pelakon, model, dan personaliti media sosial terkenal dari Malaysia.
Erysha Emyra adalah anak kedua dari tiga bersaudara, yang lainnya adalah Naveer Mihshon Zakaria dan Nazeer Danish. Beliau juga dikenali sebagai anak kepada pelakon wanita senior, Noniswara. Manakala bapanya pula adalah Zakaria Rahman.

Biodata Ringkas Erysha Emyra
- Nama Penuh : Nur Erysha Emyra Zakaria
- Tarikh Lahir : ย 1 Disember 1999
- Tempat Lahir : Kuala Lumpur
- Umur : 24 tahun (2024)
- Pendidikan : Jurusan Perakaunan
- Pusat Pendidikan : Institut Aminuddin Bakiย (IAB)
- Pekerjaan : Pelakon, Model, Personaliti Media Sosial
- Nama Ibu/bapa : Noniswara Baharudin, Zakaria Rahman
- Tahun Aktif : 2022 – kini
Kerjaya
- Erysha Emyra memulakan kerjayanya dalam lakonan pada tahun 2022 dengan membintangi drama ‘Perempuan Itu’, dengan memegang watak Wardah.
- Beliau juga terlibat dalam lakonan drama “Chinta Wrong Direction” bersama Hun Haqeem yang memainkan watak Chinta.
- Pada tahun 2024, Erysha juga terlibat dalam beberapa drama lain seperti “Hero Seorang Cinderella 2”, “Aku Bukan Ustazah”, dan “Cinta Untuk Sekali Lagi”.