Connect with us

Terkini

Redza Rosli Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna

Published

on

Redza Rosli sah bergelar suami kepada bella hanna

Pelakon Redza Rosli akhirnya sah bergelar suami kepada Bella Hanna dengan sekali lafaz pada pukul 4.05 petang di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Qaryah Masjid Taman Rakan Cheras, Ustaz Mohamad Mustakim Sarmuji.

Dalam majlis tersebut, Redza menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Manakala, nilai wang hantaran pasangan itu dirahsiakan.

Majlis perkahwinan yang berkonsepkan warna putih itu dihadiri dengan 300 tetamu dari ahli keluarga, kenalan terdekat, dan beberapa selebriti.

Selebriti yang hadir untuk meraikan pasangan pengantin termasuk Erysha Emyra, Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Adam Lee, dan Datin Elvina Mohamad.

Untuk makluman, Redza dan Bella, atau nama sebenarnya Farhana Nabila pernah berlakon bersama dalam drama “Luruhnya Bunga Cinta” yang disiarkan di TV3.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending