Pelakon dan pengacara, Imran Aqil berkongsi berita gembira bahawa isterinya, Dahlia Rizal, kini hamil anak pertama mereka.
Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, atau lebih dikenali sebagai Imran, memaklumkan bahawa Dahlia berada dalam keadaan baik, meskipun baru-baru ini dimasukkan ke hospital selepas pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, Dahlia bertambah sihat cuma baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital selama dua malam kerana kekurangan gula dalam badan dan tekanan darah rendah sehingga pengsan di sebuah restoran.”
“Alhamdulillah, kandungan juga okay.”
โSaya juga banyak nasihatkan dia untuk ambil โjobโ yang tidak terlalu berat,โ Katanya
Berkongsi kisah kehamilan isterinya, bekas peserta program Hero Remaja ini meluahkan rasa syukur kerana isterinya tidak mengalami alahan teruk sepanjang tempoh kehamilan.
โAlhamdulillah, setakat ini Dahlia tiada sebarang alahan bahkan dia juga tidak ada alahan dengan saya.
โItu pun saya takut juga sebab sesetengah orang ada alahan tak boleh bau suami tapi Alhamdulillah tak ada. Cuma makin โclingyโ itu adalah,โ