Syafiq Kyle & Mimi Lana Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan pernikahan pada petang Jumaat.

Syafiq dan Mimi sendiri mengumumkan berita baik itu melalui satu hantaran di Instagram (IG).

Syafiq Kyle & Mimi Lana Sah Bergelar Suami Isteri

Dalam foto yang dikongsikan, pasangan ini kelihatan manis dalam busana pengantin.

Dalam kapsyennya, Syafiq meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, got married on a blessed friday.”







Leave a Comment