Terkini
Lagu Lelaki Terakhir Nyanyian Fattah Amin Trending di YouTube Selepas Dua Hari Dilancarkan
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin tersenarai dalam carta trending kategori muzik hanya dalam tempoh dua hari selepas melancarkan single terbarunya, Lelaki Terakhir.
Lagu terbaru Lelaki Terakhir ini menunjukkan sisi Fattah yang berjanji untuk setia, menjaga dan melindungi cinta sejatinya. Lagu ini juga mempunyai lirik yang puitis dan melodi yang menyentuh perasaan.
Menariknya, lirik lagu Lelaki Terakhir turut ditulis oleh Fattah Amin sendiri, manakala Mel Ramlan bertindak sebagai komposer dan penerbit muzik. Sebelum ini, Mel Ramlan juga pernah mencipta lagu Wanita Terakhir.
“Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran, tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat.”
โSaya harap lagu itu dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar. Lelaki Terakhir menampilkan gabungan muzik moden dengan sentuhan balada klasik, menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat usia.”
Lirik video Lelaki Terakhir, yang dilancarkan pada 21 Februari di saluran YouTube rasmi @FattahAminYT, berjaya memasuki carta trending dalam kategori muzik.
โAlhamdulillah, saya bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap lagu ini. Saya tak menyangka Lelaki Terakhir akan diterima dengan begitu baik sehingga muncul trending di YouTube dalam masa yang singkat.”
“Ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna bagi saya, dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu ini,โ katanya.
Fattah turut mengakui bahawa proses menghasilkan lagu bukanlah tugas yang mudah. Namun, sokongan daripada pasukan yang hebat serta dorongan berterusan daripada peminat menjadi sumber semangatnya untuk terus berkarya.
“Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar.” Katanya
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini3 months ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)