Connect with us

Terkini

Sinopsis Drama Seribu Tahun

Published

on

Sinopsis Drama Seribu Tahun

Drama televisyen Malaysia Seribu Tahun (2025), arahan Shahrulezad Mohameddin, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah, dan Mikael Noah. Drama bersiri ini bakal disiarkan di Astro Ria pada 5 Mac 2025 sepanjang Ramadan 2025.

Sinopsis Seribu Tahun

Drama Seribu Tahun mengisahkan perjalanan cinta Syukri dan Nor yang sederhana, namun penuh dengan keikhlasan dan nilai kasih sayang yang begitu bermakna di mata kita.

Syukri membuktikan bahawa cinta sejati seorang lelaki terhadap isterinya tetap utuh, meskipun isterinya serba kekurangan dan diuji dengan kehadiran Puteri Imaan Suhana, wanita sempurna dalam segala aspek.

Cinta Syukri tetap teguh dan tidak pernah goyah, malah semakin mendalam. Hal ini menimbulkan rasa cemburu dan dengki dalam diri Imaan, yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas Syukri daripada Nor, isteri yang lurus dan tidak dapat melahirkan zuriat akibat sindrom Turner yang dihidapinya.

Kisah ini turut menggambarkan keteguhan cinta Nor, seorang isteri yang lurus, dalam mempertahankan perkahwinannya setelah kehadiran Imaan, wanita yang pernah diselamatkannya dan dianggap seperti adik sendiri, mula mengganggu kebahagiaannya.

Info Drama

  • Episod :ย 24 Episod
  • Tarikh Tayangan :ย Ramadan 2025
  • Rangkaian :ย Astro Ria

Pelakon & Watak

  • Emma Maembong sebagai Imaan Suhana
  • Azhan Rani sebagai Syukri
  • Noorkhiriah sebagai Nor
  • Kael Noah sebagai Muhammadย 
  • Laila Nasir sebagai Dato Norish
  • Ziema Din sebagai Datin Sofea
  • Ali Reza sebagai Azrul
  • Nazrief Nazri sebagai Dr Azhar
  • Zarif Ghaz sebagai Fakhrul
  • Didie Alias sebagai Kak Oyen
  • Azrul Zaidi sebagai Beego
  • Elly Suhaili sebagai Cik Idah
  • Norreen Iman sebagai Nurse Zah
  • Ieda Moin sebagai Ika
  • Amy Nurtinie sebagai Gina
  • Shyrim sebagai Dato Karim
  • Ashraf Muslim sebagai Dr Nizam
  • Ayra Az Zara sebagai Nor (kecil)
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending