Connect with us

Terkini

Menyanyikan lagu “Kasihnya Ibu”, Air Mata Awie Gugur Ketika Konsert

Published

on

Datuk Awie nangis menyanyikan lagu kasihnya ibu

Semua orang pasti pernah merasakan kehilangan orang yang disayangi, dan pengalaman ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Begitu juga dengan penyanyi Datuk Awie yang turut berkongsi perasaannya mengenai hal tersebut semasa Konsert Awie Journey pada Sabtu lalu.

Datuk Awie tidak dapat menahan sebak dan air matanya gugur semasa menyanyikan lagu ‘Kasihnya Ibu’. Lagu tersebut didedikasikan kepada Allahyarham Azizah Abdul Hamid, insan yang istimewa dalam hidupnya.

Menurut Awie, pemergian ibu pada 12 Disember 2014 masih memberikan kesan yang mendalam dalam dirinya.

Saat aku terkapai-kapai, doa emak meredakan segala gundah dan lara, namun Allah lebih menyayangi emak yang pergi tiga tahun selepas ayah meninggal dunia.

Aku reda Ya Allah, tapi sakitnya cukup terasa. Tolonglah Ya Allah, ampuni kedua-dua orang tuaku. Menangislah air mata darah sekali pun, mereka tidak akan kembali. Hanya Kau tempatku memohon.” Katanya

Awie juga berkongsi beberapa foto ibu dan ayahnya ketika berbicara tentang kehilangan tersebut. Pada masa yang sama, penonton yang hadir turut merasa tersentuh mendengar luahan hati Awie ketika itu.

Selain menyanyikan lagu ‘Kasihnya Ibu’ yang dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini, vokalis kesayangan ramai itu juga telah mempersembahkan lebih daripada 30 lagu sejak awal pembabitannya dalam industri muzik.

Antaranya lagu lain yang dinyanyikan adalah Ratuku, Ukiran Jiwa, Peronda Jaket Biru, Musibah, Balada Pemuzik Jalanan, Nurnilam Sari, Sayap Ilusi, Bara, Ingatkan Dia selain rangkuman medley iaitu Pedih, Iris, Tragedi Oktober, Baldu Biru dan Dibayang Awan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending