MK yang merupakan seorang penyanyi rap dan pelakon, kini bergelar bapa selepas isterinya Siti Hajaar selamat melahirkan bayi perempuan, semalam. Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh MK di akaun instagram miliknya semalam.
Dalam hantaran yang dimuat naik, MK mengungkapkan rasa syukur kerana akhirnya menjadi seorang bapa.
“Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri.ย Ini anugerah terbesar daripada Allah.” Tulisnya
Melihat pada ruangan komen, ย ramai rakan selebriti dan pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Mereka juga turut mendoakan agar pasangan ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan baik.